“Kasih sayang & setianya pada suami,”

Kehilangan insan tersayang terutama pasangan hidup perit untuk diterima walaupun kita sebagai hambanya perlu redha dengan takdir yang telah tertulis.

Apakan daya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Betahun lamanya berkongsi suka dan duka namun terpisah jua akhirnya.

Kasih seorang isteri buat suami tercinta

Tiada lagi pasangan yang akan teguh berdiri di sisi disaat kaki berat melangkah dan tiada lagi senyuman yang mampu menghilangkan duka dan menjadi penghias saban hari.

Seperti kisah yang dikongsikan menerusi laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia ini mengenai kasih seorang isteri buat arwah suaminya ketika pihak mereka menguruskan jenazah berkenaan.

Berbisik memohon maaf buat kali terakhir

Menurut SPJ, wanita berkenaan mengambil kesempatan mencium wajah arwah suaminya berulang kali.

Kemudian, wanita ini juga turut mencium bahagian kaki arwah sambil berbisik dan menangis seperti meminta maaf buat kali terakhir kepada arwah.

Setia seorang isteri

“Perkongsian tentang kasih seorang isteri buat arwah suaminya. Sewaktu menguruskan jenazah dibilik wakaf saya diberi peluang untuk melihat bagaimana setianya seorang isteri kepada suami”.

“Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwah suaminya”.

“Saya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si isteri sewaktu berbisik kepada arwah”.

“Ini kerana mengikut dari borang maklumat yang ditulis oleh si isteri mereka berasal dari Kampung Gelam Gelam Semporna Sabah”.

Wanita ini mencium arwah suaminya dan beralih kearah kaki

“Dari apa yang saya tahu si isteri berbicara dengan menggunakan bahasa atau dialek bajau Sabah”.

“Selepas mencium wajah arwah suaminya si isteri beralih kearah bahagian kaki”.

Si isteri mencium kaki suaminya dan berbisik sesuatu

“Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwah suaminya, tetapi sangkaan saya meleset”.

“Rupanya si isteri mencium kaki arwah suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis”.

Si isteri sedang meminta ampun dan maaf dari suaminya

“Sepanjang menguruskan beratus jenazah baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku.

“Ketika itu saya yakin si isteri sedang meminta ampun dan maaf dari arwah suaminya”.

“Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakan saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwah”.

Setia hingga hujung nyawa

“Bila terlihat perbuatan si isteri itu membuatkan saya teringat pada satu ayat. Syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki seorang suami”.

“Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir. Kasih sayang si isteri kepada suaminya cukup setia sehingga ke hujung nyawa. Hampir 10 minit situasi tersebut berlaku”.

Ini peluang terkahir isteri meminta kepada suaminya

“Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian”.

“Kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya”.

Isteri memerlukan bantuan uruskan arwah suaminya

“Untuk makluman pembaca. Maklumat tentang kematian arwah disalurkan kepada kami oleh seorang staff forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang”.

“Katanya ada seorang perempuan yang juga isteri kepada satu jenazah memerlukan bantuan pengurusan jenazah untuk arwah suaminya”.

Isteri tidak punyai wang untuk bayar kos pengurusan

“Staff forensik tersebut memberitahu si isteri tidak mempunyai duit untuk membayar kos pengurusan”.
“Lalu kami telah menawarkan diri untuk membantu pengurusan jenazah secara keseluruhan”.

Segala pengurusan gunakan tabung yang diinfaq orang ramai

“Jenazah telah kami kebumikan ditanah perkuburan islam Seksyen 21 Shah Alam.”

“Segala pengurusan untuk Allahyarham Zulbasir Bin Sulaiman kami gunakan dari tabung pengurusan jenazah yang diinfaq oleh orang ramai”.

“Kos liang lahad untuk arwah juga dibayar menggunakan dari dana yang ada. Terima kasih kepada semua penyumbang kerana anda operasi kami masih berjalan sehingga hari ini”.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zulbasir, moga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Sumber:https://www.yoy.my/kasih-sayang-setianya-pada-suami-isteri-cium-kaki-suami-yang-terbujur-kaku-buat-ramai-sebak/

COMMENTS

Wordpress (0)