Kapal layar mewah berharga RM28 juta ditenggelamkan pemuda, ini alasan diberi

Kapal layar mewah berharga RM28 juta ditenggelamkan pemuda, ini alasan diberi

Seorang kelasi warga Ukraine ditahan selepas didakwa menenggelamkan sebahagian kapal layar mewah bernilai 5 juta pound (RM28.16 juta) milik majikannya yang merupakan syarikat pengeluar senjata Rusia.

Lapor Daily Star, lelaki berusia 55 tahun itu merosakkan kapal layar yang diberi nama Lady Anastasia di Mallorca, Sepanyol selepas perang meletus di Ukraine.

Kapal layar mewah berharga RM28 juta ditenggelamkan pemuda, ini alasan diberi

Dakwa lelaki itu, dia berbuat demikian setelah mendapati bekalan senjata dari syarikat majikannya dijual kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan digunakan untuk membunuh rakyat negaranya.

Dilaporkan, kapal layar itu berlabuh di Pelabuhan Adriano oleh majikannya, Alexander Mijeev.

Mijeev yang merupakan bekas ketua Perbadanan Helikopter Rusia, mengambil alih syarikat pengeluar senjata, Rostec enam tahun lalu.

Berdasarkan laporan akhbar Ultima Hora, pekerja Mijeev didakwa membuka tiga injap di kapal layar itu agar ia dimasuki air sebagai tindakan membalas dendam.

Pada sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan lelaki itu merangka rancangan tersebut selepas menonton berita mengenai serangan peluru berpandu Rusia ke atas Kyiv.

Lelaki itu didakwa menutup injap bahan api untuk mengelakkan pencemaran di pangkalan kapal layar itu dan membuka injap di bilik enjin sehingga menyebabkan air masuk ke dalam.

Akibatnya, sebahagian kapal layar itu tenggelam namun ia masih terikat di jeti.

Tiga kru yang berada di dalam Lady Anastasia tidak menyedari rancangan itu sehingga lelaki berkenaan meminta mereka meninggalkan kapal tersebut.

“Bos saya merupakan penjenayah yang menjual senjata membunuh rakyat Ukraine,” katanya.

Tonton:

Berita Lain:
Pencarum tidak lagi dibenarkan keluar duit KWSP sebelum bersara

Faizal Ismail luah perasaan, “gaji puluhan ribu rasa tak cukup..”

Pegawai Polis berpangkat Inspektor ditemui mati, tembak diri sendiri

COMMENTS

Wordpress (0)