Kapal angkasa dilapor bocor, 3 angkasawan terperangkap di angkasa lepas

Kapal angkasa dilapor bocor, 3 angkasawan terperangkap di angkasa lepas

Kapal angkasa dilapor bocor, 3 angkasawan terperangkap di angkasa lepas. Tiga orang angkasawan kini berdepan detik cemas apabila terkandas di ISS selepas kapal angkasa Soyuz milik Rusia yang akan digunakan untuk membawa mereka pulang ke Bumi dilapor mengalami kebocoran tangki penyejuk, pada pertengahan Disember lepas.

Susulan itu, NASA semalam dilapor telah menghubungi rakan kongsi komersialnya, SpaceX untuk ”mengetahui keupayaannya membawa pulang kru tambahan menaiki Dragon, jika diperlukan dalam situasi kecemasan”.

Ketika ini, NASA turut sedang menjalankan analisis untuk menentukan sama ada Soyuz masih berupaya untuk membawa pulang semua angkasawan dari ISS.

Terdahulu, Soyuz menerbangkan seorang angkasawan Amerika Syarikat dan dua orang angkasawan Rusia ke ISS pada September 2022. Bagaimanapun, pada 14 Disember lepas, satu kebocoran tangki penyejuk dikesan pada pesawat tersebut ketika berlabuh pada ISS.

Kebocoran tersebut dilaporkan berlarutan selama tiga jam dan turut disiarkan secara langsung menerusi NASA TV.

Kesemu angkasawan yang berada dalan stesen angkasa tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib ketiga-tiga angkasawan tersebut kini tergantung selepas mereka dijadualkan untuk pulang semula ke Bumi menggunakan pesawat berkenaan.

Keputusan yang diambil oleh NASA dan Roscosmos

Kapal angkasa dilapor bocor, 3 angkasawan terperangkap di angkasa lepas
“NASA dan Roscosmos terus menjalankan pelbagai semakan dan mendapatkan konsultasi dari beberapa pihak mengenai kaedah-kaedah untuk membawa pulang kru Soyuz ke Bumi dalam keadaan yang selamat,” tulis NASA dalam sebuah hantaran blognya.

Dua agensi angkasa lepas itu dijangka bakal memberikan kata putus mengenai kemampuan kapal angkasa ini untuk membawa pulang kru yang tersadai pada bulan ini.

Sebelum ini, Roscosmos berharap bahawa pihaknya dapat memberikan keputusan pada Disember 27, tetapi agensi tersebut mengumumkan bahawa pihaknya masih memerlukan lebih masa untuk menilai kemampuan Soyuz untuk terbang ke Bumi semula dengan selamat

Setakat ini, sebab utama mengenai kebocoran bahan penyejuk masih tidak diumumkan. Berkemungkinan kebocoran tersebut berpunca dari mikrometeorit ataupun sampah angkasa yang telah meninggalkan lubang sebesar 0.8 milimeter pada kapal angkasa Soyuz MS-22.

Untuk makluman, Rubio merupakan angkasawan pertama NASA yang menaiki kapal angkasa Rusia, Soyuz sejak April 2021, berdasarkan perjanjian antara dua agensi angkasa lepas itu.

BACA:

4 tahun PJJ, whatsapp pun isteri dah jarang-jarang balas.. Rupanya…

Terkejar-kejar berlari 2 show satu malam namun Amir Masdi berjaya maintain suara