Kantoi..pengapit curi-curi ambil wang hantaran pengantin, sekali ini yang jadi

Kantoi..pengapit curi-curi ambil wang hantaran pengantin, sekali ini yang jadi. Seorang lelaki di India dikecam netizen kerana mencuri wang daripada jambangan yang dipegang oleh seorang pengantin lelaki ketika acara pernikahan sedang berlangsung, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Berdasarkan klip video yang tular, seorang lelaki dilihat duduk di sebelah pengantin lelaki yang ketika itu memegang jambangan wang.

Pencuri tersebut secara bersahaja menghulurkan tangannya dan ‘menarik’ beberapa keping wang kertas dengan pantas tanpa disedari oleh pengantin lelaki, lalu memasukkannya ke dalam poket seluarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna.

“Video ini perlu diletakkan di skrin layar ketika acara perkahwinan berlangsung,” komen seorang netizen.

“Anda tidak seharusnya mendapat rakan seperti itu dalam hidup,” kata seorang lagi pengguna.

BACA:

Selepas jambatan, projek tandas RM100K pula jadi tular

Geram kemaluan anak kena tendang, ibu ini nekad guna ‘speaker’ masjid cari pelaku sebenar

Anne Ngasri kongsi gambar hantar anak sekolah, “dah macam adik hantar abang masuk asrama”

COMMENTS

Wordpress (0)