Kantoi menipu, anak muda tempelak Tuan Ibrahim

Kantoi menipu, anak muda tempelak Tuan Ibrahim

Ciapan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Twitter yang memuat naikkan gambar dirinya

Dengan sekumpulan pemuda mengangkat tangan “gaya menteri besar Kedah” mengundang rasa kurang senang.

Kantoi menipu, anak muda tempelak Tuan Ibrahim

Ada di antara mereka menafikan ciapan pemimpin PAS itu yang kononnya ini memberi suatu isyarat dan petanda tentang apa yang akan berlaku pada pilihan raya 12 Ogos ini.

“Di mana- mana saja, bergambar dengan mengangkat tangan gaya MB Kedah sudah menjadi suatu ‘kemestian’ bagi aksi gaya bebas semasa bergambar.

“Ketika menghadiri majlis perkahwinan di ISTAC hari ini, anak muda yang ditemui memberi suatu isyarat dan petanda kepada PRN kali ini,” katanya dalam ciapan itu.

23:18 2 21 Comment Mohd Rasul Mansor Ahmad Muzhir lain kali nampak ustaz, lari pergi cari kaum liberal atau puak sekular.baru tak menyesal kena scam macam ni. 7 h Like Reply 1 0 Farid Zuan C L Ahmad Muzhir bertabah je la bro.. tu yg si lebai Usin ni dpt Anugerah Makassar yg ntah hape? tu 7 h Like Reply Sheila Adzmi Ahmad Muzhir rugi ja kalau explain panjang2. sebab depa memang taknak fahammmm ('S) 7h Like Reply з 0₴ Mat Ali Ahmad Muzhir g btul kita sokong 7 h Like Reply Ir Aznorizam Shah Ahmad Muzhir g ko tetiba jd bodo knp pergi angkat tgn ? Dia srh ikt gaya sanusi ko pn ikt maknanya ko pn setuju dgn dia..pastu salahk dia bg statement mcm tu. 7 h Like Reply 5 M§ Nazrul Harizal Ir Aznorizam Shah takvah nak bodohkan orang sangat. Dah tent diorang buat atas dasar sporting. Orang politik sekarang terlalu tryhard tak rilek langsung 6 h Like Reply Nise Namae Ir Aznorizam Shah oii bodo hang walaun tatau ker apa tu

Tuan Ibrahim dipercayai merujuk kepada aksi menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, yang dirakamkan mengangkat tangannya selepas dikenakan pertuduhan menghasut bulan lepas.

Bagaimanapun, ada di kalangan yang dipaparkan dalam gambar yang disiarkan oleh Tuan Ibrahim ternyata tidak senang.

“Aduh YB jangan la macam ni. Kami di sana untuk meraikan perkahwinan rakan baik kami.

“Tambahan YB yang ajak bergambar macam tu, kami saja-saja berseronok.

“Macam mana YB boleh frame cakap itu gaya MB Kedah dan isyarat dan petanda PRN kali ini sedangkan di kalangan kami ini ada ahli (Pakatan) Harapan & Barisan (Nasional) dan tak mengundi pun pada PRN kali ini,” kata seorang daripada mereka ketika membalas ciapan Tuan Ibrahim.

Manakala seorang lagi pemuda berkata, atas rasa hormat, mereka bertegur sapa dan mengambil gambar seperti itu atas permintaan Tuan Ibrahim.

“Ini sepatutnya hanya gurauan dalaman tetapi telah dijadikan bahan kempen,” katanya.