Kantoi guna duit derma RM70 juta untuk tujuan lain, akaun Aman Palestin dibeku SPRM

SPRM membekukan 41 akaun dan beberapa entiti syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin yang melibatkan jumlah sebanyak RM15,868,762, selepas dituduh menyalahgunakan derma orang ramai.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM menjelaskan bahawa tindakan tersebut diambil

selepas menjalankan siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) yang bermula pada 17 Oktober lalu.

Kantoi guna duit derma RM70 juta untuk tujuan lain, akaun Aman Palestin dibeku SPRM

“Sebelum ini, SPRM turut membuat penyiasatan di premis Aman Palestin dan memperoleh dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi untuk tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan ini dijalankan untuk mendapatkan keterangan berhubung kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam kenyataan tersebut.

SPRM juga telah merekodkan keterangan daripada beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu yang melibatkan penyelewengan dana yang dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan untuk tujuan lain selain daripada objektif penubuhan syarikat tersebut.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh NGO yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin tertumpu kepada pemeriksaan dokumen yang melibatkan dana wang tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa ini merupakan tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terlibat bagi merakam keterangan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin melalui surat bertarikh 24 Ogos lalu, meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.

BACA: “Aku bagi peringatan pada suami, kalau aku cek kat klinik, aku sah pregnant, aku takkan bagi mak dia pegang anak aku sampai mati!”