Kantoi!! Dicekup menumpang di rumah rakan lelaki

“Kami cuma nak tumpang,” itulah alasan yang diberikan wanita dan seorang remaja perempuan ketika ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Taman Desa Impiana di sini, hari ini.

Kedua mereka termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun itu gagal membuktikan hubungan mahram atau suami isteri dengan dua lelaki yang menyewa rumah berkenaan ketika diperiksa anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Dalam pemeriksaan pada 2.45 pagi itu, wanita berusia 39 tahun dan remaja perempuan berkenaan ditahan kerana berkhalwat dengan dua lelaki berusia lingkungan 20-an.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Kulim Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, wanita dan remaja itu berasal dari Sik dan bekerja di kedai makan di Taman Kenari di sini, mereka memberi alasan hanya menumpang di rumah dua lelaki berkenaan kerana tiada tempat tinggal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar Sharifuddin berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi setiap seorang kerana kesalahan itu.

Sumber:https://watandaily.com/

COMMENTS

Wordpress (0)