Kanak-kanak 12 tahun sembunyi atas bumbung tingkat 4

Kanak-kanak 12 tahun sembunyi atas bumbung tingkat 4

Kanak-kanak 12 tahun sembunyi atas bumbung tingkat 4. Anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat Taman Kendera 1, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam operasi berkenaan.

Kanak-kanak 12 tahun sembunyi atas bumbung tingkat 4

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif berusia 12 tahun bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat berkenaan.

“Tindakan pasukan bomba memanjat naik menggunakan tangga ke atas flat berkenaan melalui jeriji besi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit berjaya ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada keluarganya. Operasi ditamatkan pada 8.40 malam,” katanya.

BACA:

Hutang negara perlu diurus dengan betul, tidak mustahil jadi seperti Sri Lanka

Pengarah bomba kena minor strok, keletihan

Jiran cerita detik 3 beradik dipercayai maut terkena renjatan elektrik dalam banjir