Kami Wanita PN sokong PM

Kami Wanita PN sokong PM

Wanita Perikatan Nasional (PN) hari ini menyangkal dakwaan bahawa kerajaan PN gagal dalam beberapa isu yang dijadikan alasan kepada pendirian Majlis Tertinggi Umno untuk menarik balik dan menamatkan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketua Wanita PN Rina Mohd Harun berkata berkata tindakan itu jelas bermotivasikan kepentingan sempit kelompok tertentu serta membelakangkan kepentingan rakyat dan negara ketika kerajaan sedang menumpukan sepenuh usaha serta tenaga memerangi pandemik Covid-19 dan membawa negara keluar daripada kemelut berkenaan.

“Rakyat mahukan semua kelompok terutama kelompok politik untuk mengetepikan kepentingan politik partisan dan menggembleng seluruh usaha, tenaga dan sumber untuk membantu mereka dalam keadaan yang getir ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dinyatakan bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Senator Nuridah Mohd Saleh, Ketua Wiranita STAR Evelyn Gobile, Ketua Wanita SAPP Irene Chan Kam Lan dan Ketua Wanita Nasional Gerakan Janice Wong Oi Foon.

COMMENTS