“Kami tolak pelantikan Azlan sebagai Pengerusi UMNO Perlis!” kata Zahidi

“Kami tolak pelantikan Azlan sebagai Pengerusi UMNO Perlis!” kata Zahidi

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Zahidi Zainul Abidin dipetik Utusan Online berkata tindakan Zahid itu cukup “terdesak dan tidak masuk akal.”

“Kami menolak keras pelantikan Azlan. Langkah Ahmad Zahid melantik Azlan hanya bakal menjahanamkan Umno negeri. 

“Kami Umno Padang Besar dan Arau menyatakan pendirian jelas menolak pelantikan Azlan,” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar.

Katanya, Azlan selaku ketua Umno Bahagian Kangar menyaksikan parti itu tewas di satu kawasan parlimen dan tiga DUN pada PRU14 lalu.

“Buat apa hendak lantik pemimpin yang kawasannya kalah teruk dalam pilihan raya lalu. 

“Kangar hanya menang dua kerusi DUN daripada lima selain kalah di parlimen,” katanya merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau, Salim Dahaman berkata, Azlan tidak layak memimpin Umno Perlis.

“Azlan datang daripada bahagian yang kalah teruk dalam pilihan raya lalu!”

COMMENTS