Alexander Soros, anak kepada bilionair Amerika Syarikat (AS) George Soros menyokong Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat bagi pilihan raya presiden pada November ini, lapor Sputnik.
“Sudah tiba masanya kita semua bersatu (menyokong) Kamala Harris dan mengalahkan (bekas Presiden AS) Donald Trump.
“Beliau adalah calon terbaik dan paling layak yang kita ada. Long live American Dream!” tulis Soros di platform X pada Ahad.
Pada Ahad, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan menarik diri daripada pilihan raya dan menyokong Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk jawatan presiden AS.
Open Society Foundations milik George Soros telah beberapa kali dituduh digunakan dalam kempen untuk melemahkan kerajaan nasional dan mengubah haluan pilihan raya di beberapa negara.
Soros sendiri tidak menafikan bahawa wangnya membantu melaksanakan Revolusi Jingga di Ukraine pada 2004 dan Euromaidan pada 2013.