Kak Lina sah tarik diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza, ini punca sebenar ramai nak tahu

Pengacara terkenal, Elly Mazlien atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sah undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza. Ala, tak meriahlah GV lepas ni!

Menurut laporan Astro Awani, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi

Dan perkara ini dikatakan sendiri stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan.

Kak Lina sah tarik diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza, ini punca sebenar ramai nak tahu

Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang.

Bukan tu jer, Kak Lina juga sempat memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat meneruskan tugasnya bersama Nabil Ahmad dan Jihan Musa bagi mengacara All Stars Gegar Vaganza.

Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.

Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding.

Bila Kak Lina undur diri ni, mesti ramai yang akan rasa kurang ‘kick’ bila tengok program tu nanti kan?

BACA: “Retak hati bila tengok gambar dalam ni yang adik aku hantar pada suami, siap berbaby sayang!”