Kacak rupanya arwah Sifu Lentik sebelum hembus nafas terakhir, abang kandung dedah sempat kembalik kepada fitrah
Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita pemergian usahawan dan pempengaruh media sosial, Muhd Irfan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sifu Lentik.
Pemergian Sifu Lentik itu bukan sahaja mengejutkan para pengikutnya di TikTok malah turut mengejutkan rakan-rakannya yang lain
selepas Allahyarham difahamkan telah membuat keputusan menjauhkan dirinya kerana mahu merahsiakan penyakit yang dihadapinya.
Artikel Berkaitan: Influencer, Pengasas Kosmetik Sifu Lentik Meninggal Dunia
Kembali pada fitrah sebelum ‘pergi’
Terbaru, abang kepada Sifu Lentik tampil memuat naik beberapa gambar memaparkan keadaan pempengaruh itu sewaktu bertarung nyawa melawan penyakitnya.
@abg_sifu ASSALAMUALAIKUM ..trma kasih yg.mndoakan insan yg baik ini..cemburu sgt dgn pmergianmu..adikku..#sifu #fyp #viral #viralvideo #tiktokmalaysia#fypdongggggggg ♬ Allah Yaa Rabb – Zali
Dapat dilihat keadaan Sifu yang tidak bermaya serta lemah dan lesu sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.
Menerusi hantaran itu juga, abang kepada Sifu itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan arwah adiknya. Selain itu, dia mencemburui dengan pemergian arwah yang sempat kembali kepada fitrah sebelum pergi menghadap Ilahi.
Terima kasih yang mendoakan insan yang baik ini, cemburu sangat dengan pemergianmu, adikku.
Berehatlah adikku. Ramai yang mendoakanmu. Al-fatihah.
BACA: