Jutawan muda kantoi tipu beli jet peribadi

Jutawan muda kantoi tipu beli jet peribadi.DUNIA hiburan Indonesia saat ini sedang hangat dengan kisah penipuan usahawan usahawan muda mereka yang mengaku jutawan.

Usahawan jutawan ini antaranya diberi julukan Crazy Rich Surabaya atau Crazy Rich Bandung mengikut daerah mereka berasal. Ini kerana kebanyakan mereka mempamerkan kekayaan dan kemewahan luar biasa di media sosial.

Donny Salmanan saat ini menjadi salah seorang usahawan yang sedang disiasat polis kerana kekayaannya adalah yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan dalam talian termasuk mata wang.

Selepas Donny ditahan dan hartanya yang bernilai puluhan juta disita, kini masyarakat tempatan mula ‘mengorek’ kekayaan milik seorang usahawan yang digelar Juragan99 atau Crazy Rich Malang.

Hal ini lantaran, pasangan suami isteri muda yang baru berusia 31 dan 29 tahun itu dikatakan memiliki kekayaan luar biasa melalui perniagaan kosmetik MS Glow.

Jutawan muda kantoi tipu beli jet peribadi

Menerusi laporan Tempo, pasangan Gilang Widya Pramana dan Shandy Purnamasari ini akhirnya mengaku jet peribadi yang didakwa dibeli pada tahun lalu hakikatnya bukan milik mereka.

Tidak penah terjadi transaksi pembelian terhadap jet jenis Cessna Citation Latitude yang didakwa dipesan dari Amerika Syarikat kemudian dimiliki oleh mereka yang menjadi satu satunya pemilik pesawat mewah tersebut di Indonesia.

“Pesawat jet itu merupakan kerja sama dalam waktu tertentu dan sekarang sudah selesai (sewa).

“Jadi tidak ada masalah sebenarnya. Pesawat itu saat ini sudah tidak tahu berasa dimana kerana perjanjian sewa antara mereka telah berakhir,” ujar peguam pasangan tersebut, Arman Hanis.
Kenyataan yang dikeluarkan tersebut sangat berbeza dengan pengakuan pasangan tersebut sebelum ini.

Sudah pernah melakukan bermacam konten dalam pesawat yang boleh memuatkan 9 orang termasuk bersama pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, Juragan99 mengaku jet itu merupakan miliknya.

“Pesan mulai September 2020 baru dapat Januari akhir, tiga-empat bulan. Baru mendarat di Halim dari Amerika, pagi tadi berangkat dari Halim menuju Surabaya,” katanya tahun lalu.

Juragan99 tersebut juga memberi alasan mengapa dia perlu memiliki jet peribadi.

“Sebagai seorang usahawan, saya sering terbang dari satu kota ke kota lain. Dengan adanya private jet ini yang

TONTON :

BACA:

Kecoh banduan tangan bergari makan semeja dengan polis

Lelaki kantoi terlanjur dengan anak sendiri, nekad cerai isteri untuk kahwin anak

Rider makanan cari “Nadia” ambil makanan terus lari tak bayar, ini kesudahanya