Juri kehakiman dedah kenapa Johnny Depp menang, rupanya ini yang Heard buat

Juri kehakiman dedah kenapa Johnny Depp menang, rupanya ini yang Heard buat

Juri kehakiman dedah kenapa Johnny Depp menang, rupanya ini yang Heard buat. Seorang juri lelaki daripada panel tujuh juri yang terlibat dalam perbicaraan kes saman fitnah antara Amber Heard dan Johnny Depp menjelaskan alasan mereka sebulat suara memutuskan untuk memihak kepada aktor tersebut, lapor laman berita India Today semalam.

Depp telah menyaman Heard berikutan artikel yang diterbitkan dalam akhbar Washington Post pada 2018 di mana pelakon wanita itu mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

Dia bagaimanapun, dia tidak menamakan Depp sebagai pelaku.

“Tangisan, ekspresi muka yang dia (Heard) tampilkan dan renungan ke arah juri membuatkan kami sangat tidak selesa.

“Dia (Heard) akan menjawab satu soalan lalu menangis dan dua saat selepas itu, emosinya terus hilang. Sesetengah kami melihat perasaannya sebagai tidak ikhlas.

Juri kehakiman dedah kenapa Johnny Depp menang, rupanya ini yang Heard buat

“Emosi Depp lebih nyata dan boleh dipercayai. Apa yang dia (Depp) nyatakan lebih dipercayai. Dia kelihatan lebih nyata dari segi menjawab soalan. Emosinya stabil sepanjang masa,” kata juri lelaki itu menerusi temu bual dalam rancangan televisyen Good Morning America.

Dalam pada itu, dalam temu bual lain bersama Savannah Guthrie, Heard mengaku bahawa dia bimbang bekas suaminya akan menyamannya lagi.

“Saya ambil mudah tentang apa yang saya anggap sebagai hak untuk bersuara. Saya khuatir tidak kira apa yang saya katakan, setiap langkah yang saya ambil akan menjadi punca kepada tuntutan undang-undang fitnah,” kata Heard.

Awal bulan ini, keputusan mahkamah telah memihak kepada Depp dengan panel juri mengarahkan Heard membayar AS$10.35 juta (RM45.56 juta) sebagai ganti rugi.

BACA:

Kak KM rasa tepuk punggung bukan perbuatan salah, ini yang terjadi selepas jumpa SKMM

Netizen sebak, ini perkongsian terakhir arwah Adibah Noor di twitter

Dr Mahathir sangkal pihak mahu ‘keluar’ dari Malaysia, itu adalah satu jenayah

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Juri kehakiman dedah kenapa Johnny Depp menang, rupanya ini yang Heard buat […]