Jual jam tiruan atas talian, peniaga ditahan

Jual jam tiruan atas talian, peniaga ditahan

Jual jam tiruan atas talian, peniaga ditahan. Sebanyak 2,560 utas jam tangan berjenama dipercayai tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Padang Bongor, Jalan Pangkalan Chepa, di sini, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azman Ismail berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan berhubung seorang peniaga menjual jam tangan menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran.

Menurutnya, pihaknya bertindak menjalankan risikan dan pemantauan selama seminggu.

“Peniaga berusia 26 tahun itu dikesan sering membuat ‘live’ di laman sosial miliknya untuk menjual jam tangan berjenama dengan cap dagangan tanpa kebenaran.

“Jam tangan itu dijual secara lelong dan kombo iaitu RM100 untuk tiga utas lalu melakukan pemeriksaan bersama wakil pemilik cap dagang ke lokasi premis itu,” katanya.

Jual jam tiruan atas talian, peniaga ditahan

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat banyak jam tangan getah pelbagai jenis dan jenama terkenal dipercayai tiruan di premis berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu membeli barangan itu dari luar negara sebelum menjualnya secara langsung atau secara dalam talian untuk mendapat keuntungan tinggi sekali gus mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua jam tangan terbabit dianggarkan bernilai RM25,600 disita untuk siasatan mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya.

BACA:

‘Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan’ – Zahid Hamidi

Peneraju hartanah, UDA Holdings komited bantu usahawan kecil dan sederhana

Saya dan Bella macam abang dan adik