‘Jika ada pun saya tak kisah’, Amyza Aznan maafkan suami

'Jika ada pun saya tak kisah', Amyza Aznan maafkan suami

‘Jika ada pun saya tak kisah’, Amyza Aznan maafkan suami. “Saya isteri pertama, kini dan selamanya”

Demikian respons dramatis popular, Amyza Aznan menyangkal dakwaan mengenai desas-desus rumah tangganya bersama suami, Khairil Idzhar yang didakwa berantakan kerana orang ketiga.

Amyza, 46, menjelaskan dia kini sedang bahagia bersama suami tercinta.

“Rumah tangga saya masih dalam keadaan baik, tiada lagi gangguan, tetapi jika ada pun saya sudah tidak kisah,” ujar Amyza.

Tidak menafikan rumah tangga yang dibina selama 16 tahun itu pernah dilanda badai angkara orang ketiga, Amyza bagaimanapun memilih untuk memaafkan suaminya.

'Jika ada pun saya tak kisah', Amyza Aznan maafkan suami'Jika ada pun saya tak kisah', Amyza Aznan maafkan suami

Namun, Amyza tetap dengan keputusannya untuk tidak berkongsi butiran terperinci mengenai episod gelap tersebut kerana begitu banyak hati yang perlu dijaga.

“Bagi saya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Tetapi apabila suami datang balik pada kita dan dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya saya menerima dengan reda,”kata Amyza.

Akui Amyza yang ditemui pada majlis pelancaran telefilem Penanggal Mak Kiah, biarpun perkara tersebut melukakan hatinya, namun dia percaya setiap ujian yang hadir pasti ada hikmah sebaliknya.

Tidak menyalahkan suaminya, sebaliknya Amyza bermuhasabah diri dan meletakkan kesalahan tersebut di bahu sendiri kerana gagal menjadi isteri sempurna.

“Memang pada mulanya saya meroyan (marah), siapa tidak marah tetapi tidaklah sampai saya mahu melakukan perbuatan yang boleh mencederakan suami atau pihak lain.

“Bagi saya kesilapan yang dilakukan suami adalah berpunca daripada saya yang gagal menjadi isteri sempurna.

“Saya selalu ingat perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Saya tidaklah baik sangat. Jadi, dengan berfikir seperti itu saya terima apa sahaja kesalahan suami kerana ada kesalahan datang daripada kita juga,” luah Amyza.

Dalam pada itu, Amyza turut diminta berkongsi pandangan tentang isu orang ketiga (penyondol) dalam perkahwinan yang kini sedang hangat diperkatakan.

“Kalau sayangkan perkahwinan cuba perbaiki (hubungan), kita sebenarnya bukan cari salah tetapi betulkan, kalau rasa tidak boleh terima juga tepuk dada tanyalah selera. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,” ujar Amyza.

Desas-desus mengenai perkahwinan Amyza dan suaminya timbul selepas pelakon itu sendiri memberi gambaran dengan memuat naik hantaran dalam Instagram yang mencetuskan tanda tanya sekitar penghujung tahun lalu.

BACA:

Jabatan Agama memang dah lama pantau kedai wanita tayang ‘aset’

30 restoran mamak tutup kedai kerana masalah tiada pekerja

Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal