Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang

Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang .Memproses air soya di hadapan tandas dan persekitaran berbau hancing, begitu keadaan menjijikkan kilang di Jalan Batu Lanchang, di sini.

Malah, terdapat kehadiran tikus dan lipas berkeliaran di sekitar kilang itu ketika pemeriksaan menerusi Op Tegar olehsepasukan pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan mendapati perkakasan yang kotor, tidak digunakan serta tidak disimpan dipercayai menyebabkan kehadiran tikus dan lipas.

Didapati lantai kilang memproses air soya berkenaan juga berlumut selain persekitarannya meloyakan.

“Kilang memproses soya itu pernah diperiksa pada 2019 dan dikenakan tindakan namun hari ini premis terbabit didapati masih dalam keadaan tidak memuaskan serta gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang

“Kehadiran lipas dan tikus di premis ini menunjukkan persekitaran tidak bersih dan kita bimbang makanan yang diproses akan tercemar sekaligus menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu pemeriksaan ke atas kilang memproses kuetiau di Jelutong mendapati lantai premis berkenaan dalam keadaan berminyak selain kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan.

Terdapat minyak tepu yang tidak dibersihkan pada mesin memproses kuetiau selain penemuan najis tikus di beberapa bahagian premis.

Mohd Wazir berkata, premis terbabit mempunyai sijil pengesahan logo makanan selamat tanggungan industri (MeSTI) namun didapati sudah tamat tempoh dua tahun lalu.

Kedua-dua kilang yang sudah beroperasi selama kira-kira 10 tahun itu dikenakan tindakan penutupan premis sehingga 16 April mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Pemilik selalu memberi alasan mendakwa sukar menjaga kebersihan berikutan kekurangan pekerja dan sebagainya namun kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini kerana ia membabitkan kesihatan orang awam.

“Kilang itu masing-masing menerima sebanyak tiga notis dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM11,000,” katanya lagi.

TONTON:

BACA:

Shila Amzah juara The Masked Singer, ramai salah teka ni..

Jijiknya! Polis bongkar jeruk mangga ‘lampu isyarat’ disimpan dalam longkang sebelah loji kumbahan

Ada aksi lucah dalam video muzik artis Malaysia pula..