Jeslina Hashim umum kahwin dengan kerabat raja dalam pesawat

Penyanyi Jeslina Hashim baru-baru ini menarik perhatian warga maya, terutamanya peminat lagu

“Ku Intai Cinta Dalam Rahsia”, dengan memberi isyarat tentang kemungkinan berakhirnya zaman solonya.

Pada ruangan media sosial Instagram miliknya, Jeslina terlihat berada di dalam pesawat Air Asia, mengenakan sepasang sut dan ‘veil’ putih.

Dalam kapsyen kiriman tersebut, Jeslina memberi petanda bahawa dia akan memasuki alam perkahwinan dan bersedia melakukan segala yang diminta oleh rakan-rakannya.

Jeslina kelihatan gembira mempromosikan produk-produk jualan syarikat penerbangan kepada penumpang sebagai sebahagian daripada ‘tugasan’ parti bujangnya.

Jeslina Hashim umum kahwin dengan kerabat raja dalam pesawat

Selain itu, dalam kiriman lain, dia memuat naik foto yang menunjukkan dia memakai selempang ‘bride to be’ dalam sebuah acara ‘bachelorette party’.

Sebelum ini, Jeslina dilaporkan berkongsi hubungan cinta dengan Tunku Eddy Nasruan Adil, yang juga merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada tahun 2005, sebelum bercerai pada 2013. Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka.

BACA: Aku pelik isteri bekas suami aku ajak berbaik, sekali bila cek ada udang disebalik batu