Jemaah Malaysia meninggal atas kapal terbang dalam perjalanan buat umrah

Seorang wanita rakyat Malaysia meninggal dunia dalam penerbangan Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, penerbangan terbabit melakukan pendaratan cemas di Chennai, India, pada pagi Sabtu.

Penumpang berusia 57 tahun itu dilaporkan “mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri” semasa penerbangan, lapor sebuah laman sesawang berita India.

Jemaah Malaysia meninggal atas kapal terbang dalam perjalanan buat umrah

Jenazah akan dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani bedah siasat di Chennai.

Wanita itu dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.

Baca juga: 3 helai rambut artis terkenal dijual RM7K