Jatuh dari tingkat 4 Suria KLCC, wanita tempatan dilapor maut

Jatuh dari tingkat 4 Suria KLCC, wanita tempatan dilapor maut

Jatuh dari tingkat 4 Suria KLCC, wanita tempatan dilapor maut. Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC pada malam tadi.

Memetik laporan Astro Awani, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 9.38 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun.

“Semakan CCTV mendapati si mati berjalan seorang diri di aras empat (sebelum kejadian),” katanya.

Sementara itu, Suria KLCC Sdn Bhd telah mengesahkan mengenai kejadian itu menerusi satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Jatuh dari tingkat 4 Suria KLCC, wanita tempatan dilapor maut

“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu maut dalam insiden terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian itu tidak dinyatakan.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video yang memaparkan seorang individu terbaring di atas lantai selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat.

Menerusi satu video yang tular, kelihatan beberapa orang petugas dan pengawal keselamatan sedang menutup mayat mangsa dengan menggunakan khemah.

Sebelum ini, kejadian yang hampir sama pernah berlaku di Suria KLCC pada April tahun lalu.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli belah itu.

BACA:

Wanita ditemui maut, dipercayai dibaham buaya ketika memancing

Serpihan roket China dilapor jatuh di Laut Sulu

PPRT 2022 : Ini cara daftar dan syarat kelayakan