‘Jangan risau’, Kerajaan negeri Terengganu beri jaminan pelancong asing boleh ‘berbikini’ tanpa gangguan di Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu yang dikuasai Pas membenarkan pelancong bukan Islam memakai sut renang sekiranya hendak mandi di pantai pulau peranginan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu,

Datuk Razali Idris berkata, pelancong bukan Islam tidak terikat dengan etika berpakaian menutup aurat.

'Jangan risau', Kerajaan negeri Terengganu beri jaminan pelancong asing boleh ‘berbikini’ tanpa gangguan di Terengganu

Menurutnya, mereka boleh berpakaian seperti biasa bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan kerana tidak tertakluk di bawah penguatkuasaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan Terengganu.

“Pelancong bukan Islam boleh berpakaian seperti biasa yang bersesuaian dengan aktiviti mereka lakukan sewaktu percutian di negeri ini.

“Mereka boleh memakai sut renang kalau hendak mandi di pantai pulau peranginan tetapi janganlah pakai di tempat awam seperti Pasar Besar Kedai Payang,” katanya selepas merasmikan Pesta Peranakan Cina Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md. Noor mendesak agar penguatkuasaan etika pemakaian menutup aurat dalam kalangan pelancong diperketatkan ekoran peraturan itu didakwa kurang dipatuhi.

Sumber: https://harapandaily.com/kerajaan-pas-terengganu-benarkan-pelancong-bukan-islam-pakai-sut-renang/

BACA: “Aku ketagih layan konten ‘darkside’ gara-gara nafkah batin tak dilayan, rupanya isteri aku sendiri yang buat servis ‘darkside’