“Jangan Memandai Tuduh Kami Tuang Minyak Atas Jalan,”– Abang Towing pulak dipersalahkan

Insiden kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju Presint 15

Dilaporkan berpunca daripada tumpahan bekas minyak yang terjatuh dari lori.

Ia sekali gus menepis dakwaan segelintir pengguna media sosial yang mendakwa keadaan jalan berminyak tersebut dilakukan oleh kumpulan ‘Abang Towing’ demi mendapat tugasan menunda kereta.

"Jangan Memandai Tuduh Kami Tuang Minyak Atas Jalan,"– Abang Towing pulak dipersalahkan

Menurut pemilik Alang Auto Assist, Muhd. Fikri Abdullah, kejadian insiden yang turut melibatkan seorang penunggang motosikal itu terjadi selepas berlakunya tumpahan minyak daripada bekas yang diletakkan di belakang lori.

“Jadi, saya ingin menegaskan, kejadian tumpahan minyak itu tiada kaitan dengan kumpulan penunda kenderaan.

“Sebaliknya, kami berada di situ untk menunda kenderaan terlibat dan mengesahkan ia bukan menjadi punca kepada kemalangan itu.

“Selain itu, kawasan Putrajaya juga merupakan antara lokasi popular berlaku kemalangan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat kerana jalan licin,” katanya kepada Kosmo.

Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa kenderaan terbabas selepas jalan yang dilalui mereka licin dikatakan akibat tumpahan minyak.

Rakaman video itu turut memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan secara ‘live’ disebabkan jalan licin

BACA: Menantu dari syurga simpan duit ‘niaga’ bernilai RM290 ribu dalam akaun mentua ditangkap, rupanya duit tu..