“Jangan libatkan keluarga saya, saya mohon maaf” – Aliff Syukri

“Jangan libatkan keluarga saya, saya mohon maaf” – Aliff Syukri. “Saya mohon maaf kepada semua masyarakat yang tersinggung dengan tingkah laku saya, saya nak minta maaf banyak-banyak.

“Mohoh jangan libatkan keluarga saya, ibu saya yang sedang menjalankan ibadah umrah,” kata Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Beliau berkata ketika ditemui selepas diambil keterangan oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hampir lima jam.

Usahawan kosmetik itu keluar dari premis SKMM tepat jam 2.40 petang setelah memasuki pejabat itu jam 9.58 pagi tadi.

Menurut beliau, SKMM sedang membuat siasatan isu tersebut.

Ditanya sama ada beliau ada mempertimbangkan kesan daripada klip video ini, Aliff enggan mengulas lanjut.

"Jangan libatkan keluarga saya, saya mohon maaf" - Aliff Syukri


“Biarlah SKMM yang jalankan siasatan, jangan salahkan isteri saya, ibu saya. Bagi saya biarlah SKMM siasat dan saya sudah berikan kerjasama,” jelas beliau lagi.

Aliff dipanggil SKMM selepas satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam.

Tayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak kerana ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata, tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.
TONTON :

BACA:

Gadis kena pecat lepas lapor majikan tipu soal gaji, sekali dapat pampasan lumayan pula

Ini senarai lokasi ATM Ambank khas untuk keluar duit raya