Jangan kacau Sajat, model Alicia Amin kempen #protectsajat

Alicia Amin berkongsikan status pengguna Twitter mengenai isu Nur Sajat dikecam ramai susulan kenyataannya ingin keluar agama Islam.

Petikan status berkenaan dipercayai menyebut isu kecaman netizen terhadap usahawan kosmetik tersebut. Malah, ada netizen didakwa berniat ‘membunuh’ Sajat.

Pengguna Twitter tersebut turut mempersoalkan ketenteraman yang dipraktiskan dalam agama.

Susulan itu, Alicia Amin menerima satu mesej dari pengikutnya yang dipercayai menerangkan mengenai hukuman bunuh terhadap individu murtad.

Model terkenal itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat berkenaan sehingga melibatkan hukuman bunuh terhadap mana-mana individu.

Di samping itu, Alicia turut bersuara untuk melindungi Sajat dan dilihat cuba menyokong usahawan tersebut dengan disertakan #protectsajat dan #sajatdeservesbetter.

Berita penuh : https://www.satkobaviral.com/2021/03/05/jangan-ganggu-sajat-alicia-amin/

COMMENTS

Wordpress (0)