Jangan gelabah jika tersilap transfer duit, ini kaedah dapatkan balik

Jangan gelabah jika tersilap transfer duit, ini kaedah dapatkan balik. Pernah tak anda tersalah hantar wang kepada orang lain?. Mesti anda tertanya tanya macam mana nak dapatkan balik wang tu. Kalau call bank antara cepat atau lambat bank akan tolong dan ada waktu bank pun gagal batalkan transaksi.

Mari lihat bagaimana cara nak batalkan transaksi.

Cara Dapatkan Balik Duit Kita Yang Tersalah Transfer

1. Lapor kepada Polis

Jika melibatkan wang adalah baik untuk anda melaporkan kepada polis. Laporkan kesalahan memindahkan wang dan sertakan maklumat-maklumat seperti dibawah:

Jangan gelabah jika tersilap transfer duit, ini kaedah dapatkan balik

  1. Waktu transaksi
  2. Nombor akaun yang silap transfer
  3. Jumlah wang yang telah dipindahkan
  4. Butiran-butiran lain yang berkaitan

2. Bergegas Ke Bank Yang Anda Gunakan

Terangkan kepada staff bank tentang situasi anda dan dapatkan bantuan mereka.

3. Pemilik Akaun Bank Yang Menerima Duit Harus Bersetuju

Pemindahan wang adalah kesilapan sendiri dan jika transaksi berjaya , bank tak boleh sewenang wenangnya kembali wang itu ke akaun anda tanpa persetujuan pemilik akaun yang menerima.

Jika bersetuju, pemilik akaun tersebut hendaklah hadir ke cawangan bank yang digunakan ketika transaksi diterima dan juga mengisi borang khas.

Bagaimana Jika Penerima Enggan Memulangkan Wang ?

Tindakan yang boleh dibuat ialah membawa hal ini ke mahkamah. Sekiranya jumlah wang ia bawah RM5000 anda perlu mengisi borang tuntutan melalui Prosedur Tuntutan Kecil / Small Claim Procedure.

Kalau melebihi RM5,000, anda harus mendapatkan khidmat peguam.

Sememangnya ada peluang untuk dapatkan wang anda semula tapi, hal ini menjadi rumit sehingga melibatkan mahkamah. Anda semua dinasihatkan agar berhati hati sekiranya belum berlaku kerana mencegah masalah adalah lebih baik dari menyelesaikannya.

BACA:

“Ustaz Kazim tengah berlakon dengan Mawi kan?” Persoalan Aeril buat netizen bengang

Bungkusan terlalu banyak, J&T mohon maaf atas kelewatan

Sarco : Mesin bunuh diri yang menjanjikan ketenangan tanpa rasa sakit

COMMENTS

Wordpress (0)