Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama” – Pesanan Janna Nick pada suami buat netizen mata masuk habuk

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsi momen dirinya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Difahamkan, Janna bakal menjalani penggambaran bagi sebuah drama di sana.‘Jangan gatal-gatal’

Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama” – Pesanan Janna Nick pada suami buat netizen mata masuk habuk

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner hadir ke KLIA sambil ditemani suami tercintanya, Dini Schatzmann.

Apa yang menghiburkan ialah Janna sempat berseloroh dengan memberikan amaran kepada suaminya itu sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

Ucapan selamat tinggal yang sangat berat bagi saya, jaga diri Dini.

Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama.

Janna Nick Tunai Umrah

Sementara itu, Janna dilihat tidak dapat menahan sebak ketika melambai Dini buat kali terakhir selepas selesai melakukan proses ‘check in’.

Respon netizen

Janna Nick Tunai Umrah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan artis mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji kecantikan Janna yang mengenakan jubah dan juga tudung.

BACA: Remaja Terengganu kongsi rahsia sehingga dinobat pendebat bahasa Arab terbaik dunia