Jangan buang daun pandan yang tak habis! Boleh simpan berbulan-bulan tau

DAUN pandan cukup dikenali dengan aromanya yang wangi semerbak.

Jika di dapur, daun pandan kebiasaannya digunakan untuk masakan seperti nasi lemak, nasi minyak dan juga kuih-muih.

Namun kadangkala daun pandan yang dibeli tidak habis digunakan, terasa rugi pula hendak dibuang begitu sahaja.

Jangan buang daun pandan yang tak habis! Boleh simpan berbulan-bulan tau

Jangan risau, melalui hantaran DLa AMaya di laman Facebook, dikongsikan petua penyimpanan daun pandan yang dapat mengekalkan kesegarannya untuk masa yang lama, sehingga berbulan-bulan pun boleh.

Ayuh kita lihat!

Daun pandan yang sudah disejukbekukan.

Langkah-langkah:

1) Bersihkan daun pandan.

2) Potong pendek-pendek.

3) Masukkan ke dalam bekas plastik yang kedap udara.

4) Simpan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.

Sebagai makluman, petua ini juga boleh digunakan untuk serai selain daripada daun pandan.

Baca juga: Nama Kak KM kena petik selepas kecoh rumah usahawan kena pecah masuk, rugi RM3.5 Juta