Jalalauddin Hassan Jatuh Sakit , ini keadaan terkini beliau buat semua risau

Jalalauddin Hassan Jatuh Sakit , ini keadaan terkini beliau buat semua risau

Dirawat hampir seminggu di hospital akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing, Jun lalu,.

Datuk Jalaluddin Hassan, 69, bersyukur dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan kronik.

Jalalauddin Hassan Jatuh Sakit , ini keadaan terkini beliau buat semua risau

Jalaluddin berkata, dia kini sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan kuman itu.

“Doktor beri antibiotik dan saya juga teruskan rawatan untuk usus di hospital dan masalah tidak lawas buang air besar,” katanya.

Jalaluddin berkata, pada usia emas kini, dia juga perlu menjaga pemakanannya.

“Maklumlah, pada usia 69 tahun, saya perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh minum ais dan minuman bergas. Doktor juga minta saya banyak minum air putih (air masak) dan lebihkan makan buah-buahan,” katanya.

Pada masa sama, kata Jalaluddin, dia akan terus pulang ke rumah selepas selesai penggambaran.

Jalaluddin berkata, selain berehat, dia juga suka membaca al-Quran bagi membantu daya ingatannya lebih cergas dan tidak mudah lupa, lebih-lebih lagi sebagai pelakon dia perlu menghafal skrip.

“Selain beri ketenangan jiwa, rezeki kita pun murah. Kalau sehari tidak mengaji, saya berasa hidup tidak lengkap.

“Bila jatuh sakit tu sebenarnya, Allah SWT nak bagi saya rehat dan saya banyak mengaji al-Quran untuk terapi diri,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri lapan episod berjudul Entitled.

BACA: [VIDEO] Lelaki disangka meninggal ketika solat, forensik terkejut buat netizen mengalirkan air mata