Jabatan Agama memang dah lama pantau kedai wanita tayang ‘aset’

Jabatan Agama memang dah lama pantau kedai wanita tayang 'aset'

Jabatan Agama memang dah lama pantau kedai wanita tayang ‘aset’.Baru-baru ini kecoh satu video menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang pelayan wanita di sebuah restoran untuk mengambil gambar. Kejadian itu dipercayai berlaku di Setiu, Terengganu.

Sebenarnya benda ni dah lama tapi sekarang semakin menjadi-jadi pula. Rasanya dah ramai juga orang perempuan yang nak sangat pelayan ni diambil tindakan.

Rasanya inilah masa yang sesuai selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) turut ambil maklum tentang isu ini. JHEAT memaklumkan siasatan tentang video tular telah dilakukan dan akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin.

Jabatan Agama memang dah lama pantau kedai wanita tayang 'aset'

Sudah lama pantau restoran dengan pelayan tayang aset
Premis kedai makan ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian itu tak betul.

Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

M Rozi juga menegaskan JHEAT tidak akan berkompromi dalam perkara macam ni kerana ianya boleh mencemarkan agama Islam. Tindakan juga perlu diambil bagi membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat.

BACA:

30 restoran mamak tutup kedai kerana masalah tiada pekerja

Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal

Tiba-tiba naik angin, Fizi Ali dedah apa yang berlaku