Isu sebenar kes saman Mujahid terhadap Asyraf, lelaki ini dedah plot twist

Isu sebenar kes saman Mujahid terhadap Asyraf, lelaki ini dedah plot twist. Ramai tanya apa isu sebenar antara Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dengan Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa minggu lepas?

OK first aku kena explain pasal Financial Year End (FYE). FYE merujuk kepada tarikh akaun sesuatu organisasi ditutup. Selalunya selepas 12 bulan, akaun akan ditutup.

Tarikh selalu dipilih adalah 31 Disember macam Tabung Haji. Boleh ke nak tutup 30 November? Boleh. 30 Jun? pun boleh. 31 Mac? Pun boleh macam 1MDB.

Selalunya audit dijalankan setelah akaun tutup, dan 6 bulan lepas tu kena hantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, atau Securities Commission kalau syarikat tersenarai.

Boleh ke audit dijalankan sebelum akaun ditutup? Boleh. Ini dipanggil Interim Audit, mesti disusuli dengan audit penuh setelah akaun ditutup.

Isu sebenar kes saman Mujahid terhadap Asyraf, lelaki ini dedah plot twist

Menarik pasal 1MDB masa public kecoh kenapa tak submit financial audit lagi, kalau tak salah tahun 2016 atau 2017…dah lupa. Selepas tu keluar announcement dalam suratkhabar mengatakan ia telah menjalani Interim Audit pada Bulan Jun.

Dey, interim audit sebelum akaun tutup lah… (sebelum 31 Mac). Interim audit apekebendanya bila kau buat bulan Jun? Baik kau buat full audit terus lah…

Anyway, minggu lepas ada cerita menarik pasal TH lagi. Dikhabarkan Asyraf telah menulis dalam FB dia yang Mujahid telah menjual share TNB yang dipegang oleh TH sebanyak lebih 100 juta unit pada Tahun 2019.

Kata Asyraf, pada Q4 2017 pegangan share TNB oleh TH adalah sebanyak 130,449,700. Manakala dalam akaun beraudit TH tahun 2019, pegangan TH untuk share TNB hanyalah 30,080,000. Maksudnya 130,449,700 – 30,080,000 = 100,369,700 unit shares TNB telah dilupuskan dari tahun 2018 (lebih 100 juta unit shares TNB).

Kena pulak Bloomberg report pegangan TH dalam share TNB adalah 130,449,700 untuk Tahun 2018 dan pegangan TH dalam TNB hanya 30,080,000 unit Tahun 2019.

Mujahid yang terasa difitnah, memulakan serangan saman ke atas Asyraf dengan alasan kenyataan Asyraf dalam FB nya adalah satu fitnah dan berniat jahat. Mujahid telah failkan samannya atas Asyraf pada tahun 2020.

Apabila Bloomberg dihubungi, Bloomberg mengaku yang mereka TELAH melakukan kesalahan dengan TAK UPDATE DATA. Jadi, memang betullah berlaku penjualan share TNB tu. Masalahnya bila penjualan ni berlaku? Tahun 2018 ke?

FYE TNB pulak adalah 31 Ogos pada 2017. PLOT TWIST kat sini pasal TNB tukar FYE 31 Ogos 2017 kepada 31 Disember 2017.

AH SUDAH…., RUPA-RUPANYA TNB ADA 2 PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN 2017 pasal tukar FYE dia dari 31 Ogos 2017 (yang asal) kepada 31 Disember 2017. Dan dalam penyata kewangannya pada 31 Ogos 2017, TNB memang cakap pegangan share nya oleh TH adalah sebanyak 130,449,700.

TETAPI dalam penyata kewangan TNB 31 Disember 2017 adalah TIDAK SIGNIFICANT (takde dalam senarai Top 30), manakala pegangan share nya oleh TH adalah 30,080,000 unit pada hujung tahun 31 Disember 2018 (tetiba…).

Maksudnya, TH jual share TNBnya dengan amount yang besar pada daripada 130,449,700 unit kepada jumlah yang tak significant (tinggal sedikit) pada hujung tahun 31 Disember 2017 DAN BELI BALIK PADA AWAL TAHUN 2018 yang membawa kepada total 30,080,000 unit sahaja! Sebenarnya, share TNB tu dijual sebelum pertukaran kerajaan tahun 2018 tu!

In summary, TH jual share TNB dia pada hujung tahun 2017 dan beli balik awal tahun 2018. Kenapa nak kena buat macam ni? Pasal bila TH jual share TNB lebih 100 juta unit pada penghujung 2017, segala PROFIT dari jualan akan masuk balik dalam akaun TH sebagai OTHER INCOME dan meningkatkan NET PROFIT tahun tu.

Tapi aku lebih suspect yang bukan pasal nak inflate NET PROFIT, tapi nak INFLATE CASH so that Asset TH> Liability TH, so bolehlah TH keluarkan dividen pada depositors (as per Akta Tabung Haji, Asset > Liability baru boleh bagi dividend). Awal tahun 2018 beli balik sikit supaya orang tak bising cakap TH jual share TNB😁…

Anyway, Asyraf dah mohon maaf dan settle luar mahkamah. Mujahid dengan semangat Rahmatan Lil Alamin pun terima maaf dia walaupun permohonan maaf yang Asyraf buat bagi aku separuh masak. Asyraf kenal kot aku pasal aku pernah masuk kelas dia sekali masa dia jadi pensyarah dulu. Selebihnya sembang2 macam tu kat luar kelas atau kalau terserempak. Aku sebaya aje dengan dia.

Sekian. Aku nak sambung tidur balik. Aku apolitical, so tulisan aku ni takde kena mengena dengan politik. Sekadar nak menjelaskan isu2 perakaunan. BTW, Stranger Things Season 4 dah keluar dah kat Netflix.

BACA:

Ternak ayam di halaman rumah sendiri? Anda mungkin akan di kompaun

Makan nasi kuah air kosong, bawang sahaja, bila ditanya ini jawapan Pak Guard…

Durian bakal turun harga di Pulau Pinang minggu depan