Isu ‘Pendrive’ dibangkit MB Kedah, ini sebenarnya yang terjadi

Isu ‘Pendrive’ dibangkit MB Kedah, ini sebenarnya yang terjadi. Isu pendrive atau pemacu pena pernah mendapat perhatian peminat dan pemerhati bola sepak tempatan pada 2016.

Semalam, perkara itu dibangkitkan semula oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA), Datuk Seri Sanusi Md Nor.

Perkara yang pada asalnya bermula sebagai ‘perang mulut’ di media sosial di antara Presiden KFA dan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, (TMJ) – secara tiba-tiba berakhir dengan pertanyaan mengenai isu yang pernah menghangatkan bola sepak negara kira-kira 6 tahun lalu itu..

Ketika itu, TMJ mendakwa ada ketirisan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan baginda turut menyatakan segala bukti kesalahan tersebut wujud di dalam pendrive yang diperoleh menerusi orang-orang atasan yang rapat bersama pemilik JDT.

Pendedahan pendrive oleh TMJ pada ketika itu secara ringkas merumuskan bahawa FAM telah gagal menangani masalah mengatur perlawanan.

Isu 'Pendrive' dibangkit MB Kedah, ini sebenarnya yang terjadi

Ini kerana sesetengah bekas pemain yang pernah terbabit dalam gejala terkutuk itu adalah sahabat kepada segelintir kakitangan FAM sendiri.

Selain itu, Pendrive berkenaan turut menyimpan masalah pentadbiran kewangan Liabiliti Terhad Kerjasama Bola Sepak Malaysia (FMLLP) [kini dikenali sebagai Malaysian Football League (MFL)] yang lebih menjurus kepada kepentingan pengurusan dan bukannya pasukan yang bertanding.

Kandungan lain yang telah didedahkan meliputi kegagalan sistem pembangunan akar umbi oleh FAM, kepincangan di dalam skuad kebangsaan, kelemahan sistem kejurulatihan, pengurusan pentadbiran FAM yang masih di zaman kuno dan sistem pemilihan pemain oleh ‘tangan ghaib’ pegawai FAM yang sudah berlanjutan sejak dahulu.

Isu lama timbul kembali

Sebenarnya ‘isu pendrive’ sepatutnya tidak timbul lagi apabila siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur rasuah, dan hanya salah laku teknikal oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang terkandung di dalam pendrive tersebut.

Malah, TMJ memaklumkan tindakannya menyerahkan pendrive berkenaan kepada Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dan bukannya menghukum FAM.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam ‘pendrive’ yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.

“Saya berikan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga.

“Saya hanya menasihatkan kepada individu berkenaan untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalankan tugas,” ujar TMJ pada ketika itu

https://ww w.youtube.com/watch?v=v6_mdftPOLc&ab_channel=SemuanyaBOLA

Video di atas adalah kronologi lengkap mengenai ‘isu pendrive’ yang pernah membuatkan bola sepak negara ‘panas’ suatu ketika dahulu:

BACA:

Ingatkan wanita rupanya pondan, netizen bongkar kekasih Syafi Tee

Anwar kini sah jadi adik ipar Jokowi

14 letupan menakutkan di Tak Bai, ini punca sebenarnya

COMMENTS

Wordpress (0)