Isteri sudah mula pakai tudung, ini komen Caprice

Isteri sudah mula pakai tudung, ini komen Caprice

Isteri sudah mula pakai tudung, ini komen Caprice. Daddycap yang sebelum ini dikenali sebagai Caprice mengusik isterinya ketika mereka berada di dalam kereta dalam perjalanan menuju ke sebuah destinasi.

Hari ini pergi ‘dating’ dengan kekasih baharu. Masya-Allah, masya-Allah.

“Jom kita doa supaya Farra Inalis kekal dengan imej baharu ini,” usik Caprice.

Isterinya yang berada di sebelah tersipu-sipu malu apabila diusik selain menyembunyikan wajahnya daripada dirakam Caprice.

Dalam video tersebut, Inalis atau mesra disapa Elis manis mengenakan sehelai tudung bawal bercorak.

Isteri sudah mula pakai tudung, ini komen Caprice

Perkongsian Daddycap yang menampilkan isteri tercinta, Farra Inalis manis bertudung menuai pujian netizen dalam Instagram.

Masya-Allah, cantik. Semoga istiqamah. Pakai tutup dada ya,” puji seorang netizen lain.

Sebelum ini, Caprice, 34, pernah bercakap tentang aurat isterinya apabila perkara tersebut dipersoalkan netizen kerana wanita itu sering berpenampilan seksi.

Kata penyanyi itu, dia sudah melunaskan tanggungjawab sebagai suami dengan membuat teguran secara peribadi.

Bagaimanapun Caprice enggan isterinya berubah kerana memenuhi kehendak atau paksaan manusia.

Terdahulu, Caprice dan Elis berkahwin pada pertengahan November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

BACA:

Pensyarah tergamam lihat bekas pelajar ‘struggle’ cari rezeki

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram

Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun