Isteri sedang sarat berbadan dua terkejut suami kantoi hadiahkan baju dalam pada bekas kekasih

Isteri sedang sarat berbadan dua terkejut suami kantoi hadiahkan baju dalam pada bekas kekasih

Seorang wanita menceritakan kisah rakannya apabila dikacau oleh bekas teman lelaki yang tidak ‘move on‘ lagi

Meskipun lelaki berkenaan sudah mendirikan rumah tangga dan kini isterinya sedang berbadan dua.

Isteri sedang sarat berbadan dua terkejut suami kantoi hadiahkan baju dalam pada bekas kekasih

Kisah berkenaan dikongsikan oleh TwtWedding menerusi satu ciapan di laman Twitter, kisahnya bermula apabila rakannya bercinta dengan seorang lelaki ketika mereka belajar di universiti. Namun, hubungan mereka hanya mampu bertahan selama satu tahun sahaja.

Hendak dijadikan cerita, bekas teman lelaki rakannya itu membuat keputusan untuk berkahwin dan isterinya begitu cantik. Wanita itu sering memuat naik momennya bersama suaminya seperti lelaki berkenaan memberikan hadiah-hadiah yang mahal untuknya.

Setahun lepas tu kawan perempuan saya jumpa jodoh dan berkahwin juga. Sekarang lepas perintah kawalan pergerakan (PKP) kami dapat lepak dan baru lah dapat tahu yang bekas teman lelaki rakan saya sering menghubungi rakan-rakan perempuan kami melalui WhatsApp dan Telegram pada pukul 3 atau 4 pagi.

Tujuan lelaki berkenaan menghubungi mereka adalah kerana dia berasa bosan dan ada perkara yang hendak diceritakan serta isterinya tidak melayaninya.

Dia WhatsApp bertanyakan tentang bekas teman wanitanya. Dah kena marah berapa kali pun masih tak serik dan ganggu orang.

Masa dia dapat tahu yang isteri dia mengandung, dia contact semula bekas teman wanitanya untuk cakap yang isteri dia dah mengandung dan kalau ingin pertolongan untuk pregnant juga boleh minta tolong dia.

Siap meesej rakan bekas kekasih

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan bertindak menghubungi rakan mereka yang lain semata-mata ingin membelikan pakaian dalam untuk bekas kekasihnya itu.

Dia contact kawan saya yang lain dan hantar gambar bra mahal. Dia cakap dia beli bra mahal ni nak bagi dekat bekas teman wanita dia tapi tak tahu macam mana.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut menyembunyikan pakaian dalam itu di kedai bundle miliknya kerana bimbang isterinya tahu perbuatannya itu.

Dia tanya lagi sama ada bra tu muat tak dengan bekas teman wanitanya dan selepas itu dia tanya sama ada kawan saya itu nak try tengok muat atau tidak.

Di akhir luahan, wanita tersebut tidak sangka bahawa dia mempunyai kenalan yang berperangai seperti itu dan sehingga satu tahap mereka ingin membuat akaun palsu semata-mata ingin mendedahkan ‘perangai’ lelaki berkenaan kepada isterinya.

Tapi tak buat sebab isteri dia tengah pregnant nanti stress pulak. Saya pelik apa lagi yang tak cukup dalam hidup dia yang masih nak sabotaj hidup dia sendiri.

Saya tak faham apa yang dia nak dalam hidup dia. Orang yang dah berkahwin jangan lah tikam belakang pasangan anda macam ni.

BACa:

Bapa rogol anak kandung usia 12 tahun sampai melahirkan anak, kemarahan netizen mulai reda berpunca dari keputusan hakim ini