Isteri rancang pembunuhan suami, ini motif pembunuhan

Isteri rancang pembunuhan suami, ini motif pembunuhan

Isteri rancang pembunuhan suami, ini motif pembunuhan. Seorang wanita yang dipercayai mengupah empat lelaki untuk menyamun dan membunuh suaminya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang, dekat sini, ditahan polis, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata turut ditahan adalah empat lagi suspek dipercayai kenalan wanita berusia 37 tahun terbabit yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, motif kejadian itu dipercayai disebabkan dendam dan kepentingan diri.

Arjunaidi berkata, terdahulu polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.15 pagi Khamis, memaklumkan terdapat pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan mangsa terbaring di hadapan sebuah rumah.

“Polis kemudian menemui mangsa lelaki warga tempatan berusia 41 tahun dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia.

Isteri rancang pembunuhan suami, ini motif pembunuhan

“Berdasarkan keterangan isteri mangsa, terdapat dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng serta bersenjata pisau telah memasuki rumah melalui pintu hadapan.

“Dakwanya, suspek telah menikam suaminya sehingga menyebabkan kematian, selain menggeledah rumah mereka serta mengambil pelbagai beg tangan yang berjenama, barang kemas dan juga sejumlah wang tunai bernilai RM40,000 sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan jenis BMW.

“Jumlah kerugian mencecah RM100,000. Kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, terdapat 14 tikaman di badannya menggunakan senjata tajam yang menjadi punca kematiannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian mendapati keterangan isteri mangsa mencurigakan sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan kemudian mendapati wanita itu merancang dan membuat persiapan untuk membunuh suaminya sendiri.

“Isteri mangsa juga telah memberikan maklumat individu lain yang turut terlibat sama dan polis menahan semua empat suspek lelaki berusia 20 hingga 36 tahun di Klang dan Negeri Sembilan pada hari sama.

“Empat lelaki terbabit didapati mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.

“Polis turut merampas kereta BMW yang digunakan semasa kejadian serta barangan samun,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

BACA:

Wanita dedah suaminya sudah 5 tahun diculik, bawa lari ke Thailand

Sifu pertanian ini dedah kepincangan sistem pertanian negara

Ini tarikh jangkaan BKM Fasa 3 masuk akaun Maybank, BSN, CIMB