Tidak sanggup menanggung derita sendirian, seorang wanita sanggup berjalan kaki pulang ke rumah ibunya selepas seminggu ditinggalkan suami.
Turut mendukung anaknya yang masih kecil, wanita itu difahamkan tinggal di bandar Kuantan dan mahu menuju ke Kampung Paya Bungor, Maran, Pahang.
Setelah hampir dua jam menahan penat lelah berjalan kaki, wanita itu berjaya sampai di Gambang sebelum diberhentikan oleh sepasang suami isteri.
Merasa simpati, suami isteri itu membuat keputusan untuk membantu wanita berkenaan dan menghantarnya pulang ke kampung.
Peristiwa menyayat hati itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh sang isteri yang menumpangkan wanita tersebut.
@noorjanahibrahim :Allah terjumpa kakak ni otway dari kuantan ke jengka , masa ni dekat gambang , dia kata dah jalan kaki 2 jam dukung anak , masa offer dia naik , dia mmg tengah nagis, Dia xbanyak cakap terus terima pelawaan aku nak hantar dia . Sedihnye tgok anak dia masih kecil , dia orang asli , tapi ni kira asli moden , dia mana masuk hutan dah , so dia kta masa jalan takut jugak kiri kanan hutan xdek perumahan langsung. Aku xboleh weh tgok kalo ada anak2 kecik ni.😭
“Masa ajak naik, dia tengah bercucuran air mata menangis. Dia tak menolak pun naik kereta sebab penat sangat. Rupanya dah jalan kaki dua jam.
“Saya tanya mana suami. Dia kata dah seminggu suami tak pedulikan dia. Jadi dia nekad balik rumah mak jalan kaki,” kongsinya.
Semakan mendapati, jarak dari Gambang menuju ke Kampung Paya Bungur adalah sejauh 23.7 kilometer (km).
Oleh yang demikian, jika tiada sesiapa menumpangkan wanita itu, dia perlu berjalan sekurang-kurangnya lima jam lagi untuk tiba ke kampung ibunya.
Sebaik sampai di simpang rumah, wanita itu minta diturunkan, namun sempat diberikan sedikit sumbangan oleh pasangan suami isteri tersebut.