Isteri kecewa suami lebih utamakan buaya peliharaan

Isteri kecewa suami lebih utamakan buaya peliharaan

Isteri kecewa suami lebih utamakan buaya peliharaan. Lelaki Pelihara Buaya Hampir 40 Tahun Macam Sahabat, Hubungan Rapat Mereka Buatkan Bininya Meluat.Lelaki Pelihara Buaya Hampir 40 Tahun Macam Sahabat, Hubungan Rapat Mereka Buatkan Bininya Meluat

Bila disebut haiwan peliharaan, mungkin akan terlintas di fikiran kita yang ingatkan ianya mungkin kucing ataupun anjing, namun lain pula dengan satu keluarga di Jepun ini.

Lelaki Jepun yang dikenali sebagai Nobumitsu Murabayashi telah membeli seekor buaya dan dijadikan haiwan peliharaannya sejak 39 tahun lalu.

Dia kemudian menamakan buaya itu Caiman-san dan sejak itu buaya itu tinggal bersama dan bebas berkeliaran dalam rumahnya.

Lelaki Pelihara Buaya Hampir 40 Tahun Macam Sahabat, Hubungan Rapat Mereka Buatkan Bininya Meluat

Isteri kecewa suami lebih utamakan buaya peliharaan

Nak dijadikan cerita, buaya itu dibeli dari kedai haiwan perliharaan selepas anak sulungnya merayu untuk membela haiwan berkenaan hingga sekarang ianya menjadi sebahagian keluarga mereka.

Selepas hampir 40 tahun tinggal bersama keluarga ini, buaya terbabit mempunyai ukuran panjang mencecah 7 kaki, dengan berat lebih dari 45 kilogram.

Meskipun nampak ganas dengan giginya yang tajam, Nobumitsu berkata buayanya itu tidak akan dan tidak pernah mencederakan sesiapa. Malah, beliau akan membawa Caiman-san ini keluar berjalan-jalan dan membenarkan sesiapa sahaja menyentuh buayanya termasuk menaiki belakang badannya juga.Lelaki Pelihara Buaya Hampir 40 Tahun Macam Sahabat, Hubungan Rapat Mereka Buatkan Bininya Meluat

“Saya tidak pernah menyangka dia akan jadi sebesar ini. Sudah 39 tahun saya menjaganya.

“Saya cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti menggosok gigi, dan lain-lain.

“Setiap hari isteri saya akan menjadi muak dengan saya. Oleh itu, saya menghabiskan hari saya dengan Caiman sebagai gantinya,” kata Nobumitsu.

Lelaki Pelihara Buaya Hampir 40 Tahun Macam Sahabat, Hubungan Rapat Mereka Buatkan Bininya Meluat

Buaya terbabit hidup bebas dalam rumahnya, termasuk tidur, makan dan berenang dalam tab mandi.

Walaubagaimanapun, tidak semudah itu untuk memelihara buaya kerana Nobumitsu Murabayashi perlu mendapatkan permit mendapatkan permit untuk membawa Caiman ke tempat awam dan menandatangani dokumen yang menyatakan kesanggupan bertanggungjawab jika berlaku kejadian tidak diingini.

Selain itu soal keselamatan juga hendaklah diambil kira, pernah sekali buaya tersebut mencederakan anak lelaki Nobumitsu, namun kemudiannya tidak pernah melakukannya lagi hingga sekarang.

BACA:

Lelaki jumpa cincin berlian dalam timbunan sampah, harga RM24 ribu

DDNK mohon beri ruang kepada isterinya, kecewa teruk kena kecam netizen

Ejen kosmetik dilarikan, polis akhirnya temui punca