Sebuah video menjadi tular memaparkan seorang suami menyerbu sebuah rumah tumpangan
selepas mendakwa isterinya sedang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain dalam satu kejadian di Tanjung Jabung Barat, Indonesia.
Memetik laporan Detik News, seorang isteri telah ditangkap oleh suaminya ketika berasmara bersama lelaki lain di sebuah bangunan pada Selasa lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, terlihat seorang lelaki berbaju merah menendang pintu rumah tersebut. Alangkah terkejutnya si suami melihat isterinya yang hanya berkemban menggunakan kain sarung.
Lihat siaran ini di Instagram
Tidak lama selepas itu, si suami membelasah lelaki yang bersama isterinya dengan penuh emosi. Manakala, si isteri menangis sambil melutut memohon maaf kepada suaminya.
Walau bagaimanapun, Ketua polis Tanjung Jabung Barat, Padli berkata, masalah rumah tangga pasangan itu telah diselesaikan secara baik dengan persetujuan kedua pihak.