Isteri dedah keadaan Ako Mustapha seperti ‘nyawa-nyawa ikan’

Isteri dedah keadaan Ako Mustapha seperti 'nyawa-nyawa ikan'

Isteri dedah keadaan Ako Mustapha seperti ‘nyawa-nyawa ikan’. Pelakon Ako Mustapha, 51, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat darah kotor sejak tujuh hari lalu dibenarkan pulang, semalam.

Isterinya, Kartina Shuaib ketika dihubungi berkata, Ako kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

“Alhamdulillah, selepas doktor melakukan pemeriksaan akhir, Ako dibenarkan pulang sekitar jam 7 malam, semalam,” katanya kepada Harian Metro.

Menceritakan detik cemas ketika Ako dikejarkan ke HKL pada 4 Ogos lalu, Kartina berkata, keadaan suaminya ketika itu kritikal dan doktor ibaratkan dia seperti ‘nyawa-nyawa ikan’.

Kartina bersyukur dapat membawa Ako segera ke hospital ketika itu.

Isteri dedah keadaan Ako Mustapha seperti 'nyawa-nyawa ikan'

“Selepas melihat keadaannya yang teruk, saya memang bercadang nak bawa dia ke hospital. Tak sangka pula selepas saya beri dia minum air dan sup, tiba-tiba dia muntah dan wajahnya mula senget.

“Saya terus hubungi ambulans dan Ako dibawa ke HKL. Bila sampai sana, Ako dimasukkan ke zon merah. Doktor juga maklumkan mujur saya bertindak cepat kerana ketika itu nyawanya sudah ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’,” katanya.

Menurut Kartina, ketika dibawa ke hospital, doktor masih belum dapat mengesan punca penyakitnya.

Namun, laporan ujian darah mendapati dia mengalami darah kotor atau toksik dalam badan sehingga tahap oksigennya menurun ke 40 peratus serta mengakibatkan gangguan pada saraf dan otot.

“Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh bercakap, berjalan dan makan seperti biasa. Doakan semoga Ako diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” katanya.

Kartina berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada doktor di HKL kerana dapat mengesan penyakit suaminya dengan pantas.

“Selepas diberi rawatan kecemasan, dia sudah boleh buka mata dan bercakap,” katanya.

BACA:

Netizen jumpa bukti baru, Hairul Azreen disyaki Sultan Pemurah

Pengunjung terkejut MAHA promosi vape, besar iklannya pada bas ‘shuttle’

Penerbit Gadis Jolobu saman Youtuber, dakwa ada adegan lucah