“Isteri bergilir layan dua suami, isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang”, dedah peguam ini

“Isteri bergilir layan dua suami, isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang”, dedah peguam ini

Seorang wanita bertindak berkahwin dua sekali gus mempunyai dua suami serta bergilir-gilir melayani mereka pada waktu siang dan malam.

Kisah benar itu diceritakan seorang peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa menerusi media sosial TikTok berhubung kes yang dikendalikan beliau.

"Isteri bergilir layan dua suami, isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang", dedah peguam ini

“Isteri dua suami, kisah benar kendalian saya sendiri. Suami pertama berkahwin di Siam tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa.

“Siang isteri ke rumah suami pertama, alasan keluar kerja kepada bapanya. Bila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan,” katanya pada hantaran tersebut baru-baru ini.

@lawyershazril ISTERI DUA SUAMI KISAH BENAR #nikah #curang #skandal ♬ bunyi asal – merpati putih 🕊️

Menjawab soalan daripada salah seorang pengguna TikTok, beliau berkata, kes berkenaan telah selesai apabila wanita itu mengikut pilihan bapanya.

“Dah selesai, isteri ikut pilihan bapa pilih kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama,” katanya.

BACA:

‘Ni mesti kes sailang member punya jawatan Ketua Kampung?’ Rumah ditembak lelaki bertopeng