Israel kena serang gila-gila oleh Hizbullah

Kumpulan pejuang Hizbullah Lubnan yang disokong Iran melepaskan roket dan dron ke arah tentera Israel semalam, selepas serangan Israel membunuh seorang komander kanannya.

Serangan itu berlaku selepas berbulan-bulan tembakan rentas sempadan yang hampir meletus setiap hari antara kumpulan itu dan tentera Israel sejak serangan Hamas, sekutu Hizbullah pada 7 Oktober ke atas Israel mencetuskan perang Gaza.

Pejuang Hizbullah melancarkan ‘serangan dengan roket dan dron dengan menyasarkan enam berek dan pangkalan tentera’ sambil melakukan tindakan serentak menerbangkan ‘skuadron dron yang sarat bahan letupan’ di tiga pangkalan Israel yang lain, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Israel kena serang gila-gila oleh Hizbullah

Antara satu sasarannya ialah pangkalan Israel yang dikatakan Hizbullah menempatkan ibu pejabat perisikan ‘yang bertanggungjawab atas pembunuhan itu’.

Menurut media Israel, Hizbullah melancarkan 150 roket dalam masa setengah jam, sambil menambah lebih 30 dron telah dilancarkan ke arah Galilee dan Golan.

Baca: Aliff Aziz dan Bella enggan bersalaman buat kali terakhir