Ismail dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hisham Menteri Kanan

Ismail dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hisham Menteri Kanan

Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pelantikan Ismail juga kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Turut diumumkan pelantikan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Hishamuddin akan mengambil alih tugas Ismail yang sebelum ini ditugaskan mengetuai Kluster Keselamatan.

Pelantikan ini telah dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta merta.

COMMENTS