Ira Kazar tunjuk bakat main gitar sambil nyanyi lagu kesukaan syamsul menyesal tak dengar

Walaupun jarang naik hantaran terbaru di Instagram, namun pelakon Ira Kaza rupa-rupanya sangat aktif berkongsikan gambar dan video kepada pengikutnya melalui Insta Story.

Terbaru, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu ada memuat naik dua rakaman video

memaparkan dirinya memetik gitar sambil menyanyikan sebuah lagu Inggeris.

 Ira Kazar tunjuk bakat main gitar sambil nyanyi lagu kesukaan syamsul menyesal tak dengar

Walaupun kelihatan menghadapi kesukaran dalam menukar kord secara lancar, Ira bagaimanapun masih berjaya dalam menyampaikan lagu tersebut dengan sangat baik.

Dalam pada itu, wanita berusia 28 tahun itu mendendangkan lagu berjudul Best Part nyanyian Danial Caesar dengan merdu walaupun mengaku dirinya tidak menghafal lirik sepenuhnya.

Minggu lalu, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin menjadi tumpuan warganet apabila berkongsi resepi sambal sotong yang menjadi menu kegemaran Syamsul.

Susulan itu, anak kepada pelakon veteran Kaza Saisi itu rajin berulang siar Story pengikut yang ‘terpengaruh’ menyediakan juadah tersebut untuk keluarga masing-masing.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah yang mengadu nasib kepada Ira memberitahu mereka tidak sempat membeli sotong di pasar kerana stok sudah habis dijual.

BACA: Petua halau tikus hanya guna 2 bahan dari dapur je