Internet lembab macam siput? Ramai tak tahu rupanya boleh lapor pada SKMM

Selalu kita mengadu kadang internet di telefon atau dalam komputer riba mempunyai masalah internet yang agak slow bukan?

Kadang-kadang rasa geram sebab waktu urgent lah dia nak lambat pun!

Oleh itu, jangan risau Oh! Media kali ini akan kongsi tiga tips buat korang bagi melajukan kembali internet korang yang sedia ada. Jom, kita check!

Internet lembab macam siput? Ramai tak tahu rupanya boleh lapor pada SKMM

Cara mudah lajukan internet

1. Laporkan aduan kepada SKMM

Sebagai seorang pengguna, kita haruslah mengetahui berapakah kelajuan internet yang patut diterima dalam sehari.

Sekiranya jumlah yang diterima jauh daripada jumlah yang dijanjikan dalam pakej yang dilanggan, korang boleh membuat aduan kepada pihak SKMM.

Caranya adalah seperti berikut:

Buka laman aduan SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1
Jenis aduan: Complaint

Jenis perkhidmatan: Cellular Services / Fiber Services
Kategori: Poor Coverage

Subkategori: Poor coverage

Pembekal perkhidmatan: Masukkan nama syarikat pembekal perkhidmatan internet

Lengkapkan maklumat peribadi diri dan lampirkan gambar (screenshot) yang berkaitan

Klik butang “Hantar” untuk menghantar aduan kepada pihak SKMM

2. Bersihkan cache App

internet

Kadang kala cache yang terhasil daripada aplikasi mampu menggunakan RAM yang berlebihan dan menganggu prestasi dan kelajuan internet korang. Oleh itu, pastikan korang sentiasa membersihkan cache dari gadjet terutama sekali aplikasi yang menggunakan internet.

3. Reset sambungan internet

internet
Cara lain bagi melajukan internet kembali adalah dengan reset semula sambungan internet. Jika korang menggunakan WiFi, reset semula router korang.

Manakala jika korang menggunakan gadjet seperti telefon bimbit atau komputer riba, korang boleh mengaktifkan mod “Airplane Mode” buat seketika dan menutupnya kembali.

Semoga tips kali ni dapat membantu korang!

BACA: Tak tahu malu Makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri.