Ini tarikh jangkaan BKM Fasa 3 masuk akaun Maybank, BSN, CIMB

Ini tarikh jangkaan BKM Fasa 3 masuk akaun Maybank, BSN, CIMB

Ini tarikh jangkaan BKM Fasa 3 masuk akaun Maybank, BSN, CIMB. Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 3 Masuk Ke Akaun Bank Masing-Masing.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada 16 September yang lalu, Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Pembayaran dalam fasa ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang. Turut menerima bayaran adalah penerima Rayuan BKM.

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Pastinya penerima BKM tidak sabar untuk menunggu tarikh BKM masuk ke akaun masing-masing.

Ini tarikh jangkaan BKM Fasa 3 masuk akaun Maybank, BSN, CIMB

Semakan Bayaran
Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui laman portal rasmi My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
  2. Nama Penerima
  3. Fasa Pembayaran
  4. Jumlah dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. Nombor Akaun Bank

Jadual Jangkaan Tarikh/Waktu Bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank
Untuk BKM Fasa 3, tarikh pembayaran adalah mulai 20 September 2022 (Selasa) hingga 27 September 2022 (Selasa) SECARA BERPERINGKAT masuk ke akaun bank masing-masing (bagi yang ada akaun).

Bank mana yang masuk dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

BSN dah Masuk (Fasa 3 BKM) RM300 BSN dah Masuk (Fasa 3 BKM) RM400

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 20 September (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).

Berikut adalah jangkaan tarikh/waktu bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank masing-masing;

Ini tarikh jangkaan BKM Fasa 3 masuk akaun Maybank, BSN, CIMB

Sebagai peringatan, jadual di atas adalah jangkaan sahaja bagi pembayaran BKM masuk ke akaun bank masing-masing berdasarkan Jadual IBG Transfer bank masing-masing.

Penerima BKM dinasihatkan untuk membuat semakan di internet banking masing-masing bagi mengesahkan penerimaan bayaran BKM fasa 3 sebelum membuat pengeluaran di mesin ATM.

Duit BKM Belum Masuk?
Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM2.2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.

Jadi kalau belum masuk lagi pada 20 September tu, jangan risau kerana bayaran dibuat sehingga 27 September 2022. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk BKM Fasa 3?
Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM fasa ketiga adalah sehingga RM900 berdasarkan kategori masing-masing.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

  • Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi September 2022 adalah antara RM100-RM400
  • Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi September 2022 antara RM400 – RM700
  • Ibu Bapa Tunggal (IBT) Berpendapatan RM5000 ke bawah – Jumlah bayaran bagi September 2022 antara RM600 – RM900
  • IBT dan Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – Jumlah Bayaran Bagi September 2022 adalah RM150

Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 20 September hingga 27 September 2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022.

BACA:

Sajat kena halau dari Singapura, hasrat jumpa anak terbantut

‘Sifu Trading’ kantoi sewa kereta mewah demi nak tunjuk kaya

Dua hari ditayang di Netflix, Mat Kilau dapat komen negatif…”Indah khabar dari rupa”