Ini tarikh dan jumlah bayaran pertama BKM untuk isi rumah dan bujang

Ini tarikh dan jumlah bayaran pertama BKM untuk isi rumah dan bujang

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun.

Kadar bayaran bagi bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.

Bila bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa pertama akan dibuat?

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran pertama BKM atau BKM Fasa 1.

BKM FASA 1: TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM

Untuk makluman juga, pembayaran BKM akan dilaksanakan secara berfasa, iaitu 4 kali setahun melibatkan fasa pertama sehingga fasa keempat. Bayaran BKM Fasa pertama akan dibuat pada:

Tarikh bayaran pertama BKM Fasa 1: Mac 2022

Nota: Kerajaan masih belum memberi makluman berkenaan tarikh tepat pembayaran BKM fasa 1. Perkongsian ini akan dikemaskini semula setelah mendapat maklumat terbaru dari kerajaan.
Untuk makluman anda, antara kategori yang akan terima bantuan BKM Fasa 1 ini adalah terdiri daripada isi rumah, bujang dan dan warga emas. Pembayaran BKM dibuat mengikut jadual berikut:

Ini tarikh dan jumlah bayaran pertama BKM untuk isi rumah dan bujang

KADAR BAYARAN BKM FASA 1
Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:

  • Kadar Bantuan Isi Rumah
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM1,000
    – 1 – 2 anak: RM1,500
    – Anak melebihi 3: RM2,000
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM400
    – 1 – 2 anak: RM600
    – Anak melebihi 3: RM800
  • Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM600
  • Bujang
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM350
KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;

atau

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat

Ini tarikh dan jumlah bayaran pertama BKM untuk isi rumah dan bujang

Kadar bayaran pertama BKM Fasa 1 bagi setiap kategori akan dikemaskini semula setelah mendapat makluman terbaru dari kerajaan.

Semoga bermanfaat!

Tonton:

BACA JUGA:

Wanita ini kongsi mengapa perlu buka lampu tandas hotel waktu tidur, ini 3 sebabnya

Peminat teruja dengan kehadiran Proton X80 dan X90, bakal ganti Exora

Penduduk panik lihat Villa misteri tiba-tiba sahaja muncul

[/bg_collapse]