Ini tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023

Ini tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023

Ini tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023. Tarikh Bayaran BTR. Berita baik buat rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan telah mengumumkan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksanakan kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bermula bulan hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini akan memberi manfaat kepada penerima setiap isi rumah dan kategori bujang yang berkelayakan. Bantuan Tunai Rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan dengan bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023 dan bukan pada Mac seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ini tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kadar dan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat.

KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023

Kerajaan telah mengumumkan kadar Bantuan Tunai Rakyat (BTR) tahun 2023 seperti yang berikut:

  • Ketua Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023

Kerajaan akan menyalurkan tarikh bayaran BTR Fasa 1 pada:

  • Fasa 1 : Januari 2023

Perdana Menteri telah memaklumkan mengambil pertimbangan untuk menyegerakan agihan bantuan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir.

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terpeinci.

BACA:

Safawi Rasid dedah sesuatu mengejutkan tentang TMJ

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

Penjualan Menara KL : Kementerian Komunikasi sedia beri kerjasama jika disiasat