Ini sebab mengapa kipas dan aircond tak boleh dibuka serentak

Ini sebab mengapa kipas dan aircond tak boleh dibuka serentak. Perasan tak bila anda buka kipas siling dan penghawa dingin serentak, akan rasa kurang dingin lebih kepada rasa angin saja? Lepas itu, lagi anda tinggikan suhu penghawa dingin tersebut, jadi jangan peliklah kalau bil elektrik pun melambung tinggi.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Muhammad Noramin Mat seorang HVAC/R Service Technician (Heating Ventilation and Air Conditioning/Refrigeration Service Technician).

Tambahnya lagi, apabila kedua-duanya dibuka secara serentak akan menyebabkan air filter ‘air cond’ menjadi cepat tersumbat ekoran suhu panas dan suhu dingin yang bergaul.

JANGAN BUKA KIPAS & ‘AIR COND’ SERENTAK, NANTI TAK SEJUK SAMPAI SUDAH! ON AIR COND + ON KIPAS BIASA (KIPAS SILING)

Assalamualaikum. Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA.

1. GAMBAR A – KITARAN HAWA PANAS & DINGIN DALAM KEADAAN BAIK Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa. Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.

Ini sebab mengapa kipas dan aircond tak boleh dibuka serentak

2. GAMBAR B – KITARAN HAWA PANAS & DINGIN BERCAMPUR BOLEH JADI PUNCA BIL ELEKTRIK TINGGI Situasi ni kedua-dua on yang menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur (boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi).

Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua-dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepastu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.

Jadi benda macam ini, korang kena kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.

Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?

Nah ni, haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada cerita sikit) macam mana kitaran angin tu. Aku nak buat video grafik aku tak reti geng.

Aku lukis je la senang. Walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok lah aku rasa. Kalau rasa air cond tu dah tak sejuk. Boleh roger aku ok.

P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, tu dah kira lain.

BACA:

PRU 15 pada bulan Oktober ini?

Isu sebenar kes saman Mujahid terhadap Asyraf, lelaki ini dedah plot twist

Ternak ayam di halaman rumah sendiri? Anda mungkin akan di kompaun