Ini satu-satunya tasik dalam dunia yang jadi lokasi penting dalam kajian UFO

Saintis dan para pengkaji UFO pasti kenal dengan Tasik Trout yang terletak di Washington, Amerika Syarikat.

Suatu ketika dulu, tasik ini pernah menjadi tapak popular untuk kajian sains bagi membongkar misteri signal aneh yang membingungkan.

Ramai percaya tasik berdekatan gunung ini merupakan salah satu tapak pendaratan UFO.

Ini satu-satunya tasik dalam dunia yang jadi lokasi penting dalam kajian UFO

Ini berdasarkan kepada signal yang diterima pengkaji UFO di seluruh Amerika Syarikat. Disebabkan itu, tasik ini tersenarai sebagai antara 200 tempat penting dalam kajian UFO di Amerika Syarikat.

Terletak berdekatan puncak Gunung Adam, Tasik Trout merupakan kawah gunung berapi kedua tertinggi dan tercantik di negeri Washington.

Kedudukannya terletak kira-kira 40 batu ke selatan rangkaian Gunung Rainier yang merupakan gunung berapi tertinggi yang merentasi Amerika Syarikat.

Tasik Trout berdekatan gunung Adam yang menjadi lokasi popular kajian berkaitan UFO.

Untuk sampai ke tasik ini harus melalui sebuah pekan kecil. Pekan tersebut hanya 35 batu daripada utara garis sempadan negeri Oregon/Washington.

Di pekan ini sebenarnya ada tenaga vortex. Kuasa vortex ini terdiri daripada aliran elektromagnet yang mengeluarkan aura tenaga bumi. Tenaga ini dapat dikesan sekitar 15 hingga 20 batu daripada puncak gunung Adam.

Di pekan ini juga terdapat sebuah institut yang mengkaji misteri kawasan ini merangkumi tasik Trout dan gunung Adam. Terletak di sebuah kawasan ladang, institut dikenali sebagai ECETI Ranch ini digunakan untuk mengkaji vortex dan juga melihat kemunculan UFO di kaki langit.

Di lokasi institut ini terletak, dikatakan mudah melihat kewujudan UFO. Selalunya pada waktu malam, akan muncul beberapa kerdipan cahaya berlegar-legar di ruang udara. Sudah tentu ia bukan datang daripada kapal terbang kerana ia berkelip-kelip.

Juga, tiada kapal terbang yang lalu di ruang udara tersebut kerana kawasan gunung Adam itu merupakan kawasan tinggi dan berbahaya kepada aktiviti penerbangan terutama di sebelah malam.

Cahaya itu selalunya bergerak seperti sehelai daun yang ditiup angin. Bentuknya seperti sebuah objek bulat, sama seperti gambaran yang sering diceritakan berkaitan UFO.

Bahkan, penduduk di kawasan itu juga mendakwa sejak dahulu sering melihat objek aneh berkeliaran di ruang udara berdekatan kawasan institut tersebut. Jadi, tidak hairanlah mengapa kawasan itu dijadikan sebagai tempat penyelidikan UFO.

Mungkin ada sesuatu di kawasan itu yang menyebabkannya terus setia muncul berdekatan tasik dan gunung ini. Atau mungkin juga ada kena mengena dengan tenaga vortex di kawasan tersebut menyebabkan kelibat UFO sering kelihatan di dini.

BACA: ‘Aku dipaksa kerja siang malam tanpa rehat, setiap hari aku dihidang nasi putih & bangkai ikan goreng, akhirnya aku ceraikan isteri depan kawan”