Kira-kira bulan Mei lalu, status rumah tangga influencer motivasi terkenal, Andika Putera akhirnya terjawab setelah dia mengesahkan tentang penceraiannya dengan bekas isteri, Ananda Natasha. Sering terlihat bahagia bersama gelagat lucu dengan satu-satunya anak mereka, Alisha Puteri, berita berkenaan cukup mengejutkan pengikut mereka di media sosial saat itu.
Memang terkejut sangat 2 ikon motivasi buat macam tu
Terbaru, pendedahan yang dilakukan oleh wanita berkenaan sekali lagi membuat netizen terkejut. Natasha membongkarkan tentang sikap Andika yang pernah bermain kayu tiga di sebalik perkahwinan mereka. Menerusi tinjauan ke IG Story milik Tasha, seorang individu (yang enggan dikenali) mendakwa pernah terlihat kemesraan Andika dan pihak ketiga ketika berada di sebuah program motivasi.
Curhat Semua Masalah, Tasha Terkilan Rakan Bercinta Dengan Andika Ketika Iddah
Kita siap minta tolong dia pujuk suami sebab kasihankan anak, rupanya udang sebalik batu
Apa yang lebih mengejutkan, difahamkan wanita ketiga itu adalah rakan baik kepada Tasha yang juga merupakan isteri seseorang. Segala yang terjadi dalam rumah tangga pasangan ini sudah diketahui oleh perempuan tersebut. Namun siapa sangka, rupanya Tasha akan dikhianati oleh orang terdekat yang sangat dipercayai.
Saya tak terkilan dengan Dika sebab saya dah tahu perangai dia memang kaki perempuan
Nasi sudah menjadi bubur, segala yang terjadi diterima dengan lapang dada oleh ibu tunggal anak satu ini selain menyifatkan dirinya sudah pun move on dari Andika. Menerusi pendedahan bersama portal @Astro Gempak, Tasha bagaimanapun akui terkilan rakan baiknya sendiri sanggup menjalinkan hubungan dengan Andika sewaktu masih dalam tempoh iddah. Walhal selama ini, perempuan yang dianggap seperti kakak itu sentiasa menjadi tempat meluah perasaan tentang segala isu rumah tangganya dengan lelaki tersebut.
Curhat Semua Masalah, Tasha Terkilan Rakan Bercinta Dengan Andika Ketika Iddah
KREDIT : IG Ananda_Natashaaa & Astro Gempak
Baca : Geli nak membuang tengok cacing merata dalam bilik air, ini cara nak hapus